.

Sunday, August 19, 2012

Sorang demi sorang sakit..


Malam tadi, adik perempuan aku tetiba muntah-muntah, mula-mula aku biar kan je, masuk kali ke dua mkin kuat pulak die muntah (mungkin orang tak dengar die muntah kali pertama, tu yg kali kedua kuat pulak tu), so bergerak la mak bapak aku bawak die pergi sepital, ok kali ni tak kena tahan wad macam anak sedara, mungkin keracunan makanan.. aku tinggal jela deakt rumah dgan adik laki2 aku.

pagi-pagi buta adik laki2 aku pulak kena muntah-muntah, dalam pukul 4 pagi.. nasib aku belum tido, urut skit bahagian belakang, bagi minyak kapak, dah oke dah.. bgun pagi dlam kol 9 rupanya belum baik lagi, masih meneruskan aktiviti memuntahnya, tapi kali ni bercampur pulak dengan bapak aku, tapi bapak aku sakit-sakit perut je, penyakit ni berangkai tau, aku pegi belakang rumah kopek kelapa, minum sorang satu.

nak jadikan cerita plan airni nak balik rumah Tok bak, tapi terpaksa ditunda sampai tahun depan kot, maklom la kalau raya prtama dengan raya kedua masih la boleh kata RAYA, kalau raya ke tiga masih lagi sakit?... so tahun depan la kita raya kampung ye.. 

gitula sakit dalam rumah ni, Alhamdullilah aku tak kena, aku sakit gak perut malam td, tp aku melepas je.. sedap sikit perut masa tido.. terasa di awang-awangan.. 

oke selamat hari raya kedua korang.. (masih pakai tshirt, masih belum mandi)

Saturday, August 18, 2012

Raya tak best!!!

Tahun ni raya tak best, !st sekali Dilshat xde, die masuk wad, rumah semua xda orang la, semua pegi hospital, NO balik2 kampung, duduk je rumah sorg2 makan ketupat, tengok tv, bukak internet.. itu je life yang ada time 1 SYAWAL (benda baru dalam hidup). selalu ada amik2 gambar pakai baju melayu, 1 family, cuma raya tahun ni xda, sebabnya?... (baca sebab dekat atas, kih3), aku dah beli baju melayu baru (masa tu exited sangat) last2 tak pakai jugak (tengah menaip ni pon masih pakai tshirt), dekat sini nak aku raya rumah sapa?.. (penat dah otak pikir nak raya rumah siapa, hehehehe), insyallah kalau umur panjang tahun depan dapat la pakai baju melayu tu.

oke, sekarang cerita pasal malam raya, kau pegi bazar, kononya nak cari la baju ke, kasut ke, last2 balik bawak perut je, nak komplain skit la, deorang dok letak harga mahal2 bajunya cap golok jugak, harga melampau, baju tak cantik, jumpa baju cantik2 pun dekat bundle je, jumpa kasut cantik pon dekat bundle je, tp aku tak la beli, sebab dekat bundle pon MAHAL!!!!.. balik la aku dengan perut ni, nak buat macam mana, servis teruk tapi nak kaya, macam ni la kalau nak kaya ye tuan, puan semua..

lagi nak tulis ape eak?..
hurmmm hurmmm

tahun ni tak ada gambar raya, sekian!

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya U'ols


Mula-mula kita cerita pasal gambar kat atas ni, gambaq ni aku lukis sndri tau, berbekalkan basic masa sekolah rendah (time bulan merdeka dengan kempen anti dadah kite selalu kena lukis kan?). masa tengah tunggu jam bunyi menandakan waktu balik, sempat jugak la aku lukis kad raya ni, conteng punya conteng dah jadi, lawa jugak lah kan?. masa ni hujan punya la lebat, memang nak balik adalah sesuatu yang mustahil lah kan.. so dari buang masa main hujan baik lukis2 jap..

oke hari ni (17.8.2012) hari last keje, bos cakap kalau keje dah setel sebelum tengah hari, kiteorang dah boleh balik dah. tapi keje aku masih tak siap lagi walaupon jam dah pukui 12 tgh hari, so memang nebes la kan kalau keje tak siap, hanya nak siapkan 5 copy buku doa je, ikotkan hati aku nak je aku photostat (tp memang ada aku photostat pon, kih3) pukui 5 siap segala kerja, tapi.... ada tapi, tapi xde papa, trus balik gerak bazar ramadhan.. sekarang misi nak cari baju melayu (dah 3 tahun tak tukar baju melayu, nanti muak plak imam tengaok aku pakai baju yang sama untuk tahun ke 4) so gerak satu demi satu kedai, niat kat hati nak cari baju warna itam (azam baju raya tahun ni, sejak 1st day puasa lagi) jumpa la baju, try saiz m, senteng la plak, try saiz L besar la plak, xpe amik saiz L, boleh pakai tuk 10 tahun lagi kih3, so lepas dah shoping bagai teman pulak membe nak beli baju melayu jugak, misi kali ni nak cari baju warna merah ada corak2 skit, bermula lah perjalanan kami dari satu gunung ke satu gunung, dari satu hutan ke satu hutan, akhirnya jumpa jugak, mintak segala diskaun (kuasa ada ditangan penguna) dah boleh balik. tapi misi nk cari kasut fail, xde kasut yang diminati tu.

tapi hari ni sebelum balik bos kasik duit raya, yeayy, bila bos dah kasik duit raya duit gaji aritu memang tak terusik la.. so lepas raya ni aku nak membazir kan diri,

sekarang (18.8.2012, jam 3.23am) masih tak tido tengah dok update blog yang dah bersawang, banyak sarang labah-labah dalam blog ni, kih3.. Insyallah kalau ada bende aku nak kongsi aku tlis balik (entah bila la kan?) esok mesti da stat masak ketupat, kari ayam, rendang kan?.. kuih raya aku yakin mesti banyak beli dari buat sendiri.. kalau buat sendiri dari kuih Tart sampai kuih semperit mesti rasanya sama je.. so ni aku tengah tunggu masa nak sahur je walaupon semua isi rumah tengah tido,

dah tak tau mende nak di tulis lagi..

SELAMAT HARI RAYA KAT U'OLS, KALAU ADA SALAH SILAP MINTAK MAAF, KALAU ADA TERMAKAN, TERMINUM AIR, TERLEPAS CAKAP.

*Macam baik pulak ayat penulisan aku kali ni.. hehehe.