.

Friday, November 23, 2012

Melawat Zoo

Ni dah bezaman punya cerita baru la aku nak masuk blog, "busy man make money" keh keh keh. Ni nak story cerita melawat Zoo melaka, ak pon tak tau dah tarikah, tapi dalam bulan Oktober jugak la. Gambar tak banyak la, sebab aku tengok binatangnye sama jek, xdek la plak Rimau kepala dua ke, Monyet ada sayap ke, Gajah makan nasik ke.. kalau ada memang syok! tapi tak apa, aku kongsikan gambar aku yang cute miut tuk tatapan umum dengan nasihat sediakan baldi kalau rasa loya..


gambar faveret ni.

   
besaq x besaq la, mau melambung tinggi kalau kena tanduk ni.

Bedosyot

Gambar last mesti letak gambar hensem-hensem. 

kesimpulannya, bercuti tu agak best bila dah penat keje seminggu 7 hari.. non stop keje, keje keje. yang paling best aku tak ada jumpa ular dekat zoo ni.. xdela seriau beno aku nak jalan dekat sini. cuma penat la nak bjalan dekat Zoo Melaka ni.. boleh tercabut kaki aku bejalan. nasib aku ada kekuatan luar biasa. sekian terima kasih (dah tak tau nak tulis apa)

                                                 


Sunday, September 2, 2012

Teperanjat pak mamat.







badan seram sejuk tengah layan cerita hantu "nenek bongkok 3" tiba-tiba 1 rumah kelam kabut.. dah la baru nk sampai klimaks cerita tu, punyala lama mnunggu, tengah dok sibuk layan cerita hantu aku macam bau benda hangus, aku ingatkan lada orang lupa nak tutup iron ke ape kan, jap lagi nak pegi check bau ni aku nampak la dekat tingkap api besaq punya (kasi sedap sikit cite ni) aku jerit la "ada api!!" jap lagi deorg buat dek je.. aku bukak pintu tengok moto LC abg ipo aku dah tbako (mula2 skli imbas aku tgok mcam moto aku, lagi la ku gelabah) oke sambung balik, aku lari la belakang rumah cari benda nk padam api, dalam kepala otak cuma nak cari pasir (maklom la kalau pakai air takut makin myambo moto kan ada minyak) last2 tak bole padam, bapak aku balik (adik aku yang call ckap moto tbako, mula2 nk call bomba kih3) die nak alihkan moto da tntu moto tbako main sedap je nk alihkan.. jadik kan crita bapak aku jadikan drama ni lagi sedap la, die jerit la mintak tolong kat jiran2, jiran2 datang dengan gaya orang kampung dengan kain pelikat tak dak baju dengan niat ikhlas nak padam kan api (bangga aku dengan jiran macam ni, clap calp banyak kali untuk jiran aku) jiran aku selamba je amik getah paip padamkan api (dalam hati aku, "eh boleh plak) aku pon take over la amik getah paip kena tnjuk hero..

mana datang api aku pon tak tau, bomba tak dtg, kte orang xnak susahkan dieog, kih3.. esok baru masuk makmal moto tu, nanti segala laporan lanjut akan di beritahu oleh CSI Miami..

selamat malam u'ols

*check moto masing k, mana tau api tuju tuju jatuh atas moto, boleh tbako gak..wakakakkaka (gurau gurau)

Sunday, August 19, 2012

Sorang demi sorang sakit..


Malam tadi, adik perempuan aku tetiba muntah-muntah, mula-mula aku biar kan je, masuk kali ke dua mkin kuat pulak die muntah (mungkin orang tak dengar die muntah kali pertama, tu yg kali kedua kuat pulak tu), so bergerak la mak bapak aku bawak die pergi sepital, ok kali ni tak kena tahan wad macam anak sedara, mungkin keracunan makanan.. aku tinggal jela deakt rumah dgan adik laki2 aku.

pagi-pagi buta adik laki2 aku pulak kena muntah-muntah, dalam pukul 4 pagi.. nasib aku belum tido, urut skit bahagian belakang, bagi minyak kapak, dah oke dah.. bgun pagi dlam kol 9 rupanya belum baik lagi, masih meneruskan aktiviti memuntahnya, tapi kali ni bercampur pulak dengan bapak aku, tapi bapak aku sakit-sakit perut je, penyakit ni berangkai tau, aku pegi belakang rumah kopek kelapa, minum sorang satu.

nak jadikan cerita plan airni nak balik rumah Tok bak, tapi terpaksa ditunda sampai tahun depan kot, maklom la kalau raya prtama dengan raya kedua masih la boleh kata RAYA, kalau raya ke tiga masih lagi sakit?... so tahun depan la kita raya kampung ye.. 

gitula sakit dalam rumah ni, Alhamdullilah aku tak kena, aku sakit gak perut malam td, tp aku melepas je.. sedap sikit perut masa tido.. terasa di awang-awangan.. 

oke selamat hari raya kedua korang.. (masih pakai tshirt, masih belum mandi)

Saturday, August 18, 2012

Raya tak best!!!

Tahun ni raya tak best, !st sekali Dilshat xde, die masuk wad, rumah semua xda orang la, semua pegi hospital, NO balik2 kampung, duduk je rumah sorg2 makan ketupat, tengok tv, bukak internet.. itu je life yang ada time 1 SYAWAL (benda baru dalam hidup). selalu ada amik2 gambar pakai baju melayu, 1 family, cuma raya tahun ni xda, sebabnya?... (baca sebab dekat atas, kih3), aku dah beli baju melayu baru (masa tu exited sangat) last2 tak pakai jugak (tengah menaip ni pon masih pakai tshirt), dekat sini nak aku raya rumah sapa?.. (penat dah otak pikir nak raya rumah siapa, hehehehe), insyallah kalau umur panjang tahun depan dapat la pakai baju melayu tu.

oke, sekarang cerita pasal malam raya, kau pegi bazar, kononya nak cari la baju ke, kasut ke, last2 balik bawak perut je, nak komplain skit la, deorang dok letak harga mahal2 bajunya cap golok jugak, harga melampau, baju tak cantik, jumpa baju cantik2 pun dekat bundle je, jumpa kasut cantik pon dekat bundle je, tp aku tak la beli, sebab dekat bundle pon MAHAL!!!!.. balik la aku dengan perut ni, nak buat macam mana, servis teruk tapi nak kaya, macam ni la kalau nak kaya ye tuan, puan semua..

lagi nak tulis ape eak?..
hurmmm hurmmm

tahun ni tak ada gambar raya, sekian!

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya U'ols


Mula-mula kita cerita pasal gambar kat atas ni, gambaq ni aku lukis sndri tau, berbekalkan basic masa sekolah rendah (time bulan merdeka dengan kempen anti dadah kite selalu kena lukis kan?). masa tengah tunggu jam bunyi menandakan waktu balik, sempat jugak la aku lukis kad raya ni, conteng punya conteng dah jadi, lawa jugak lah kan?. masa ni hujan punya la lebat, memang nak balik adalah sesuatu yang mustahil lah kan.. so dari buang masa main hujan baik lukis2 jap..

oke hari ni (17.8.2012) hari last keje, bos cakap kalau keje dah setel sebelum tengah hari, kiteorang dah boleh balik dah. tapi keje aku masih tak siap lagi walaupon jam dah pukui 12 tgh hari, so memang nebes la kan kalau keje tak siap, hanya nak siapkan 5 copy buku doa je, ikotkan hati aku nak je aku photostat (tp memang ada aku photostat pon, kih3) pukui 5 siap segala kerja, tapi.... ada tapi, tapi xde papa, trus balik gerak bazar ramadhan.. sekarang misi nak cari baju melayu (dah 3 tahun tak tukar baju melayu, nanti muak plak imam tengaok aku pakai baju yang sama untuk tahun ke 4) so gerak satu demi satu kedai, niat kat hati nak cari baju warna itam (azam baju raya tahun ni, sejak 1st day puasa lagi) jumpa la baju, try saiz m, senteng la plak, try saiz L besar la plak, xpe amik saiz L, boleh pakai tuk 10 tahun lagi kih3, so lepas dah shoping bagai teman pulak membe nak beli baju melayu jugak, misi kali ni nak cari baju warna merah ada corak2 skit, bermula lah perjalanan kami dari satu gunung ke satu gunung, dari satu hutan ke satu hutan, akhirnya jumpa jugak, mintak segala diskaun (kuasa ada ditangan penguna) dah boleh balik. tapi misi nk cari kasut fail, xde kasut yang diminati tu.

tapi hari ni sebelum balik bos kasik duit raya, yeayy, bila bos dah kasik duit raya duit gaji aritu memang tak terusik la.. so lepas raya ni aku nak membazir kan diri,

sekarang (18.8.2012, jam 3.23am) masih tak tido tengah dok update blog yang dah bersawang, banyak sarang labah-labah dalam blog ni, kih3.. Insyallah kalau ada bende aku nak kongsi aku tlis balik (entah bila la kan?) esok mesti da stat masak ketupat, kari ayam, rendang kan?.. kuih raya aku yakin mesti banyak beli dari buat sendiri.. kalau buat sendiri dari kuih Tart sampai kuih semperit mesti rasanya sama je.. so ni aku tengah tunggu masa nak sahur je walaupon semua isi rumah tengah tido,

dah tak tau mende nak di tulis lagi..

SELAMAT HARI RAYA KAT U'OLS, KALAU ADA SALAH SILAP MINTAK MAAF, KALAU ADA TERMAKAN, TERMINUM AIR, TERLEPAS CAKAP.

*Macam baik pulak ayat penulisan aku kali ni.. hehehe.