.

Monday, December 13, 2010

dunia dengan gambar


Aku suka dunia aku, dalam dunia aku penuh dengan gambar-gambar yang bole buat aku ingat ape memori disebaliknya. aku suka share gambar yang aku rasa terbaik dengan orang. ada sesetengah orang cakap gambar 2 lawa, tapi ketidak puas hatian aku, aku bawak gambar 2 jumpe orang yang lebih berpengalaman. kalau dia cakap gambar 2 ok kau pasti dapat tahu la macam mana aku akan senyum, n hati aku senyum. pelik kan macam mana hati nk senyum.. semua temasuk dalam satu ayat KEPUASAN!. semua gambar yang dirasakan bole tahan aku letak kan kat link ni gambar itu luahan saja segala komen dan kutukan akan aku terima. tanpa semua itu dunia aku x ceria! terima kasih :)

Friday, November 26, 2010

lupekn kulit!!


suke ayat atas ni.. knp kacang lupekan kulit?, kacang xkan tgalkan kulitnye sndri. mungkin sebab tiada sape mahu akan kulitnye, jadi kacang tpakse bjalan sendirian tuk mngejar satu kbahagian. betol ke?.. ada sape minat kulit kacang? pasti orang akan ambil kacang dari ambil kulitnye kan.. adakah salah kacang sebab meningalkan kulitnye? nak salahkan sape?. adat dan lumrah dunia, yang baik kita ambil yg kurang kita tingal.

bile org kate sy begitu sy akan jawab "sukenye jd kacang!!"

soalan: knp suke jd kacang?
jwpan: kacang kan seadap!!
soalan: jawapan lain?
jwapan: anda suka ke jd kulit yg org buang sepah2!!?

mcamane tu?..

Saturday, November 20, 2010

ultraman sungguh bergaya


tadi aku tgok crite ultrama kat astro ceria, nah ko ttbe ak rase nak tlis lak pasal ultraman ni. ultraman ni ad macam2 susa nak sebut kat sini sebab bnyaksangat, bayangkan la sejak dari kakak aku skolah rendah lagi ultraman ni da wujud. ni ad link tuk senarai nama ultraman tengok la kat sini.

ok ak sebenarnye nk mrepek jup, cbe korang pikir knap ultraman x bole kalah. antara jwapan yg akan ak terima mesti la sebab die hero.. itu mesti la wajib kan. kalu x mesti la name cerita 2 tukar nama raksaksa je :P

cuba perhatikat gambar kat atas 2. penerbit ni x kesian ke kat raksaksa. da mcam pengantin da aku tgok. cabang sana, cabang sini, berat bnde alah 2, mcam mane la raksaksa nak menang. ultraman plak da tau die boleh menang die saje je bio lampu kelip die bnyi, baru nampak suspen sikit kan?. tengok la ultraman hnya ber bekalkan kuasa kat tangan, lampu kelip2 di dada yang bidang dah kompon la bebeas nak bergerak. boleh maen nyorok2 lagi. kalau rak saksa nk nyorok mcam mne 2?..

hakikatnye kalau la betol2 ada ultraman ni mesti gempak kan. kompom la breita kat TV xde cerita laen melainkan ultraman ultraman ultraman, raksaksa pon mesti ad selit2 sikit la. silap2 mereka bgambar same-same :P

da tlis bnyak2 ngantok pulak.. pape aku nak g berak dlu bye :)

macam mana nak maju kalau mcam ni

orang ada cakap akalau nak kaya bermula lah dengan berniaga, aku pon rase memang macam 2. Tapi apakah punca bila kita berniaga x jadi kaya (jangan nak kaya sangat la kan), bukan nak jadi kaya sangat tapi dunia sekarang memang perlukan duit, tapi kalau berniaga 2 perlulah jujur. antara punca perniagaan 2 merudum mungkin pasal ni kot (ape yang aku nampak la) :

petama: ada sesetengah anak muda ni berniaga Burger, tapi korang nak tau punca kurang laku perniagaan diaorang?. sebab2 nya diaorang ni bila bukak kedai, keluar modal, masak2, memang la sorang2 tapi membe yang menyebok dok melepak kat kedai 2 yang buat kedai 2 x berape sangat orang ank singah, kalau da 5 6 motosikal dok melepak borak2 ala2 lagak samseng sape je yang nak singah kan?. lepas 2 order jugak la burger da oder bayar nak murah kawan2 katenye. pasal kawan2 nnt kite cite jup lg.

kedua: komitmen xcukup dengan perniagaan sendiri, asal kan ada kedai, buat 2 buat ni sudahla, macam 2 mcam mane nak berjaya kan. kalau sdah nama pon peniaga kita kena la jadi mata duitan. ingat ni zaman purba ke berniaga tanpa duit. cehh!!

ketiga: yang ni pasal membe2. membe2 ni susa sikit, letak harga mahal je mula la nak ungkit sana ungkit sini, nak xnak kena la bagi diskaun, bila da bagi diskaun haaa ckap mahal lagi, apela kalau semua pelangan kita ni dari ketogori kawan2 kan maknanya lingkop la perniagaan. da bagi diskaun mintak lagi diskaun. bila perniagaan jatuh membe2 xdapat tolng ap pon cuma dapat tengok je, 2 blom lagi yang tlong ketawa, adala yang mulut sumbang kata "dah tau xpandai berniaga, nak jugak berniaga". hakikatnya...

keempat: pelangan nak harga murah, tuan2 dan puan2 sekalian, golongan peniaga  ni bukan nak menipu anda sebenarnya. kalau harga mahal da di bagi diskaun kalau rase nak beli 2 beli jela. da orang bagi diskaun bole pulak kate mahal lagi. cuba lihat dai sudut lain, kalau la kita berniaga mestilah nak ungtung kan. kalau la peniaga 2 bagi kita diskaun tapi deorang xdapat untung macma manae la deorang nak bayar gaji pekerja2 deorng 2. anda dari golongan penguna memang la bole cakap pape. tapi cuba letakkan anda dalam golongan peniaga. berniaga tanpa ungtung ape yang bole korang dapat. nak masuk tandas pon kena bayar 20 sen kalau berniaga xde untung kencing la dekat tepi longkang la nmpaknya.

bole kan kita pikir.

P/S: ini mengikut dari perspektif mata kasar saya saja.




Wednesday, November 10, 2010

aku dan kamera



aku suka camera, mase kecik2 dulu tengok orang amik gmbr weding ak pon teringin nak pasang cita-cita nak jadi tukang tangkap gambar. aku memang ada kamera kompak jenama ape tah yang bapak aku beli kat COURTS MAMMOTH. setat situ aku blaja maen kamera. tapi mase 2 aku minat dalam rekaan dalaman, aku selalu tengok casa impian. tapi sekarang minat dalam bidang photografy ni x boleh pisah.

aku sekarang ada sebuah kamera DSLR (murah je) canon 1000D. setat dari 2 la ku mula belajar nak dapat gambar cantik2. basic ada la jugak, tapi still kena belajar sebab aku ni bukan la hebat seperti otai2 di luar sana. orang slalu tanya kat aku, "kau amik multimedia tapi course ko mne ada maen2 kamera ni".. haishh awat xbole ke?..multimedia memang xde nak blaja benda 2 suma tapi ada la sikit2 je. aku pon merantau jugak cari kawan2 kat internet ni tuk blaja camera. trima kasih kat deorang, ENAL, SYAM YAHYA, DAENG HALIM, RAHMAT RAFAIEL, MISS ELL n sape2 yang pernah ajar aku (sbnarnye x ingat nama).. heee tahanks

alhamdulillah la sekarang masok weding akak aku adala 5 kali aku amik gambar, nak kata da hebat x jugak, lpas amik gambar tunjuk kat otai2 dulu mane tau ada angle yg xbest aku bleh baiki. skarang tunggu je rezeki masok, mana tau minat aku ni boleh bawak ejayaan. kita x tau masa depan kita kan?. segala ilmu yang aku ada aku ajar jugak kat kawan2 aku yang baru2 nak blaja amik gambar, orang kate ilmu jangan kedekut, same2 dapat ilmu same2 la dapat rezeki kan.

xkesah la ape orang ank cakap yang aku ni over ke, saje nak menunjuk ke, ape ke yang penting aku suke buat benda ni, pernah sekali time weding aku xmakan 1 hari, tapi xlapar sebab aku seronok amik gambar.
minat kita xsemestinya sama dengan minat orang lain kn? jadi diri sendiri. kalu dapat kutukan jadi kan ia sebagai pembakar semangat kalau dapat pujian terus kan lagi perbaiki pujian itu.. :)

Wednesday, September 22, 2010

hate u!!

apa dalam hati aku?.. 2 jek mmpu ak ckap!!

Friday, September 10, 2010

lepas sembahyang raya

lama jugak x update blog ni..rindu bangat kat blog ni (muahh!!).. cerita 1 syawal tuk taon ni (opkos la raye kn).. pagi2 mak aku da kejutkan tuk pegi semayang raya..tengok-tengok jam ala baru pkul 7.30..bkan lmbat lagi nak sembahyang raya 2.. sambung tido lagi..adik beradik ak yang laen tengah mencekik makanan hari raya, dari lemang smpai la ke rendang jiran tetangga. biler mak aku da setat bebel baru aku bangun dengan berat hati sambil buat mulut tanda x puas hati.. lepas mandi siap-siap dengan wanginya, segak bersongkok (baru beli malam raya kat bazar,jual murah 2) dengan sepasanh baju melayu warna hijau (baju taon lepas je) aku dengan yakin menyapu rexona di ketiak sebelum melangkah keluar nk dapatkan moto kapcai untuk pergi ke masjid dengan niat semayang raya..hati mle xkeruan biler atas moto aku x dengar takbir lagi (omg adakah sudah mula sembahyang) meter moto naik dengan mendadak (konon-konon laju la) sesampai kat masjid ouh hiba rasanya xdapat nak sembahyang raya..xpela dapat dengar kutbah pon boleh la..lepas 2 balik rumah , alamak hujan la pulak..ilang bedak kat muke ni (mekap cair)..sampai dekat rumah trus bukak baju melayu n trus makan keputat (ketupat) n lemang (peveret)..lepas makan-makan, warga perempuan sume sudah siap-siap dengan mekap baju yng penuh labuci, rantai, gelang mutiara beli kat bazar, rambut nak ala-ala rebonding kami sekeluarga tangkap gambr dulu sebelum gerak balik kampung dekat pontian..


Dalam kereta aduii bosan yang amat dengan lagu-lagu lama (kalau lagu raya xpela)..sampai dekat pontian 1st rumah mak long.. lepas sembahyang jumaat terus perfi rumah mak ngah (ternyata dengan penampilan begini ak jd perhatian, peterpan adess).. kiteorang sempat pergi Tg.Piai lepas geram nak amik gambar..

Family Pak Mamat
Pn Fairus
kakak gue
adek gue
macam biase la kalu aku yang pegang kamera mmg xdopek la nak ada mke aku kat dalam gambo ni..yang ada 2 pon aku gne tripod..kalau x menangis la xde gambo raya.. lepas balik dari sume aktiviti berfaedah bersama keluarga..kitorang balik semula kat rumah mak ngah (kutip duit raya) lepas 2 gerak g umah Tok Lang (hentam je la, sedara mara ni mmg ak x kenal) aku boleh pulak bantai  tido time 2..penat sangat..lepas balik je masuk kereta terus tido smpai la kat rumah n sambung lagi tido atas sofa..lepas tu bangun terus berak.. Wasalam~~

Tuesday, August 10, 2010

bulan puasa


hari ni 11 ogos 2010 da setat puase..bile setat je pengumuman hari berpuase mak n abah aku mule la sibuk2 tuk memilih juadah bersahur..yeahh..bile time bulan puase je teringat mase kecik2 puase..kecik-kecik mane la boleh tahan nak puase 1 hari, kenkadang bleh lupe aritu puase..curik2 makan la, tekorek idong la, mandi sungai lpas 2 kentut dalam air (alasan nak ponteng puase)..tapi biler time kecik2 dulu biler kite tengok kawan2 kononnye termakan mesti korang ckap "ala x sengaje xbatal"..kan2?..hahahaha..biler setat je piuase mak mak, akak akak, mak cik mak cik, sibuk semuanye nak tempah baju raye (alasan tkot baju x siap)..yag budak2 sibuk nak simpan duit nak beli mercun (ak pon same jgak)..dulu mase kcik2 biler time sahur ak mmg x suke bab 2..perghh nak kne bangun pagi lpas 2 makan n sambung tido..boleh nagis ak mase kecik2 dlu sbab xnak bngun sahur..tapi bab yang paling best biler da start bab menghias rumah dengan pelita..time 2 mmg berdentum la satu kampung dengan bnyi mercun, meriam (ak ad maen), bunge api (dulu2 RM1 20 btang)..zaman semakin maju, kalau dulu pacak je kayu then letak pelita..tapi sekrang siat ad buat bentuk masjid lagi kat depan umah..best kan biler tibe bulan puase ni..kalau dulu time buke maen mkan je..siap ad yang tgu luar umah nak dgar azan..ha3da mkan kenyang2 lpas 2 x larat nak bangun..huuu~~sekarang biler da blaja jaoh..dok pon jaoh dr kluarga setat je puase time 2 la lagu raye pon setat pasang (baru 1st puase 2)..time buke pon save2 je nak makan..mee sebungkus ngan air sebungkus..biler balik kg lepas geram sruh mak masak asam pedas ngan tom yam..hahahaha..blan puase ni yang best makanan ia..macam2 kaler ad..rasenye same jek..huuuu~~ xkisah la ape pon yang penting blan puase tetap kene puase..korek idong batal puase, makn siang hari kne naek van mayat, yang penting benda yang wajib jgan lupe dilaksanakan..

SELAMAT BERPUASA :)

Sunday, July 25, 2010

kami di taman rama-rama

atas dasar hobi (ambik gambar), pada tarikh 24.7.2010 aku dan rakan aku buat keputusan untuk pergi ke taman rama-rama melaka..kenape taman rama-rama?. sebab xde pon nama taman kupu-kupu..aku, rahmat dan lan menaiki ferari rahmat (saga je) untuk ke destinasi yang telah di niatkan tadi (mak aku cakap kalau da niat 2 kene buat)..
tampan kan mereka bertiga ni?

berbekalkan keazaman yang kental, kekacakkan yang ada, kelaparan yang melanda (xmakan lagi sebenarnya).kami memulakan aktiviti dengan membeli tiket..ala x mahal pon dewasa RM6 kanak-kanak RM3..bole je bawak anak-anak, awek-awek, pakwe-pakwe serta anak murid pra sekolah jika korang cikgu la.masuk je ingat trus nmpak rama-rama,jangkaan aku meleset.bila masuk je tengok-tengok je ada la garai jual makanan, tempat rehat dan haiwan-haiwan hutan yang lain.
baby ni ske amik gambar taw!!
malu tak bertempat!!

oh lalat!

setelah selesai bergambar di sebalik hendak menemui rama-rama (gambar atas) misi diteruskan dengan Bismillah biler ternampak ular (bkan takot geli je).sesampai je di tempat rama-rama membiak kami terus je terpandang terma dan syarat (mcam nk sign up fesbuk pulak) jangan tangkap atau membunuh!! denda Rm200.ingat sume hukuman bunuh disini amatlah ringan..kah3!! joke je la..

rama-rama ni bebntuk daun bila sayaonye ditutup
mencari madu (rama-rama curang)
bayangkan jika kita ada sayap!! mcam ni la gayanya
gitu l asikit-sikit perjalanan kami di taman rama-rama melaka.bukan je ada rama-rama, kura-kura ada, labi-labi, buaya darat opss salah pulak buaya xdarat..ikan koi ada, ikan naga, macam-macam jenis ular ada, harimau pon ada tau..paling bes jmpe tapir, ad jugak muzium kat dalam 2..mcam-maccam la yang ada..kalau boleh kolam ikan paus pon nak ad..ha3.ape yang x besnya bile sedap-sedap tengah jalan-jalan dalam taman 2 tetiba ada pekerja deorang cakap, "abang kiteorang sudah mau tutup ini tempat" (bace dengan loghat cina) adoii blom puas ma..xpela janji dapat jugak aku tangkap gambar kan..bukan gambar rama-rama je, biawak ad, burung ada,budak-budak pon ada..dengan kata lain PUAS!!..he3

Thursday, July 22, 2010

PDK NUR ZAHARAH. THANKS SOFTNET

8.00 am: perjalanan bermula, aku dengan Rahmat dalam perjalanan untuk ke PDK NUR ZAHARAH
8.30 am: sampai di PDK NUR ZAHARAH (terlepas sebenarnya)
9.00 am: sesi berenam di mulakan dengan chicken dance. serta nyanyian lagu Negaraku & lagu Negeri Johor (blaja bahasa isyarat skli tw)
cak pong cak pong
zapin?

10.00 am: selesai sudah bersenam, tiba masa membahagi kumpulan dan memulakan aktiviti..(peluh di ketiak menandakan aku bersunguh-sunguh bersenam)
sunguh2 pn olin!! cayok!
saya iqbal (malu-malu)
11.00 am: sesi bersarapan, time ni mesti sume lapar. aku dpat lihat air muka mereka bila ternmpak mee dan karipap. (aku jadi peniaga eskrem pulak)

11.30 am: sambung semula aktiviti. ada yang mengecat, ada yang di cat, ada yang nyanyi dengan kanak-kanak di kelas (part yang ni bes sebab aku ada sekali).

meh abg conteng baju!!
buat gravity

1.00 pm: sesi penutupan dan pemberian sumbangan.

1.40 pm: aktiviti lanjutan di teruskan sehingga 4.00 petang.

4.00 pm: minum petang, sesi bergambar dan pulang.


TAHNIAH UNTUK KELAB SOFTNET DENGAN KEJAYAAN AKTIVITI INI.

lagi gambar di bawah:
dengan Aeza
warga PDK NUR ZAHARAH
malu taw!!
2 jari 1 hati..ha3
DUA yea adik2
"abg alip ensem taw!!" kata fiza
leman

oh ayam!!

seronok bukan sesekali ada aktiviti macam ni.iringan doa untuk kejayaan mereka di masa depan. :)
p/s: rindu dekat nur syafeezah :P

Saturday, June 26, 2010

dak softnet & Bowling mereka..

sabtu yang mamai, dengan iringan lagu kompilasi rock dulu-dulu aku bergerak ke pertandingan bowling anjuran kelab softnet di bakri..sesampainya di sana dengan hati yang sentiasa tidak pernah cukup tido trus masuk dan memulakan aktiviti mengumpat (ingat xde keje laen ke).. Jam sudah menunjukkan 10.00 am dan perlawanan akan di mulakan hanya beberapa minit saja lagi..aku sekali lagi dengan diiringi lagu mas idayu (dangdut pulak) terus ke kaunter untuk mengambil kasut bowling yang telah disediakan..dan kini acara telah di mulakan dengan 0 - 0 (wei ingan maen bad minton ke?)

aksi-aksi disebalik tabir ketika pelawanan bermula:
setelah aku aqeqahkan camera aku kat bebudak ni..ni la hasil gambar di pertandingan bowling tadi.

kenal shalin zulkifli?, ni anak murid ia Pn.Hana. biase la ketawe dulu puas-puas sebelum bola  yang di baling dengan jayanya terus menuju ke ke longkang berdekatan.he3

amboi cek mek molek..ha3.senyuman toy memang seiklas hati.. tersentuh bila melihatnya.. tangan En.Zaki macam ada kat...Cube je bayang kan..yang depan cbe cover-cover..hurmmm susah nak pastikan..hee

ustad dan kekasih beliau..sungguh romantik gambar ni..maen peace-peace lagi tu..(alunan muzik jazz berkumandang)

kalau di lihat dari mata kasar memang macam tengah bergambar kn?..tapi ni mesti akibat terpelecok ni..yakin la dengan kenyataan aku.. (adakah kesedihan apabila bolanya kelongkang?)

boboi sedang memandu..senyuman iklas dari pemandu berhemah..(ia x hirau kan sesape kecuali excited menyokong mamanya)

akhirnya sudi juga bergambar kan..he3..posisi tangan dan jelingan seperti model terkenal..apakah pendapat kalian?..(adakah ini aksi kekecewaan apabila mamanya baling bola ke longkang?)

meraka gila lensa..pantang flash terbuka ada saja muka mereka..rashdan sedang tarik telinga cuba untuk kelihatan comel la 2..cehh!!.

amboi..tengok cara balingan memang yakin kemenangan milik kump "weee"..balingan strike dr ajimko (ewah-ewah).

En.zaki dengan aksi eksen-eksen beliau..yang di pegangnye 2 piala pemain wanita terbaek..adakah?..cbe jawab?..ish3..

hadoii pnjang betul aku nak ulas pasal aktiviti ni..xpe rehat jup sambil menikmati lagu ziana zain ft awie (??) melihatkan aksi-aksi yang menarik yang telah di tonjolkan oleh para atlet2 muda dari pelbagai daerah dan pelbagai bangsa, perlawanan ini telah menjadi bertambah menarik di tambah dengan aksi bedebuk jatuh atas lantai (sape yek? he3)..serta balingan bola terus ke longkang dengan alasan BOLA BERAT!!

haaa lihat tu..kejayaan aku membuat muka comel sangat sukses..kalian bile lagi?..(peminat yang dari awal ingin tandatangan akhirnya dapat bergambar dengan ku..prasan jup)

si kecil yang cute..

kenapa aku ketawa?..opkos la ad orang yang tengah buat lawak kan..wah serius benar aku ketawa kan?..adakah sedang melihat power ranger kuning berlawan dengan masked rider?..

sesi memberi hadiah:
 pemain lelaki bernasib baik..

pemain wanitacbw buat-buat baik :)

tempat kedua..he3 anak abah (ada orang malu-malu untuk bergambar, takut mukanya tersebar di akbar kot)

jeng jeng dan juara ewahhhh!!:

weee kami menang..udah di katekan..hadiah pon besar sdah mesti la menang!!..he3 (bila la boleh bukak hamper 2)

aktiviti yang sangat best..dengan kehadiran anak-anak lecturer yang comel. disamping keriuahan rakan-rakan serta bunyi-bunyian bola melantun akibat dibaling dengan kuat siap memantul-mantul di tambah dengan jeritan kegembiraan apabila mendapat strike untuk kali pertama dalam hidup, dan jeritan kekecewaan apabila bola yang diharapkan untuk strike telah menuju tepat kearah longkang tanpa segan silu mematahkan semangat pemain untuk mendapatkan sorakkan dan point untuk kumpulan mereka..kegembiaan aku tercapai apabila berjaya memujuk kakak (anak puan olin) untuk bergambar, boboi xyah cite la memang belambak gambar ia..lagi kegembiraan apabila kemenangan kumpulan "weee" (kump aku tau)..dengan diiringi lagu titanic (xmasal pulak) akhirnaya pertandingan bowling telah berakhir dengan jayanya..tahniah untuk kelab softnet.. :)