.

Saturday, June 26, 2010

dak softnet & Bowling mereka..

sabtu yang mamai, dengan iringan lagu kompilasi rock dulu-dulu aku bergerak ke pertandingan bowling anjuran kelab softnet di bakri..sesampainya di sana dengan hati yang sentiasa tidak pernah cukup tido trus masuk dan memulakan aktiviti mengumpat (ingat xde keje laen ke).. Jam sudah menunjukkan 10.00 am dan perlawanan akan di mulakan hanya beberapa minit saja lagi..aku sekali lagi dengan diiringi lagu mas idayu (dangdut pulak) terus ke kaunter untuk mengambil kasut bowling yang telah disediakan..dan kini acara telah di mulakan dengan 0 - 0 (wei ingan maen bad minton ke?)

aksi-aksi disebalik tabir ketika pelawanan bermula:
setelah aku aqeqahkan camera aku kat bebudak ni..ni la hasil gambar di pertandingan bowling tadi.

kenal shalin zulkifli?, ni anak murid ia Pn.Hana. biase la ketawe dulu puas-puas sebelum bola  yang di baling dengan jayanya terus menuju ke ke longkang berdekatan.he3

amboi cek mek molek..ha3.senyuman toy memang seiklas hati.. tersentuh bila melihatnya.. tangan En.Zaki macam ada kat...Cube je bayang kan..yang depan cbe cover-cover..hurmmm susah nak pastikan..hee

ustad dan kekasih beliau..sungguh romantik gambar ni..maen peace-peace lagi tu..(alunan muzik jazz berkumandang)

kalau di lihat dari mata kasar memang macam tengah bergambar kn?..tapi ni mesti akibat terpelecok ni..yakin la dengan kenyataan aku.. (adakah kesedihan apabila bolanya kelongkang?)

boboi sedang memandu..senyuman iklas dari pemandu berhemah..(ia x hirau kan sesape kecuali excited menyokong mamanya)

akhirnya sudi juga bergambar kan..he3..posisi tangan dan jelingan seperti model terkenal..apakah pendapat kalian?..(adakah ini aksi kekecewaan apabila mamanya baling bola ke longkang?)

meraka gila lensa..pantang flash terbuka ada saja muka mereka..rashdan sedang tarik telinga cuba untuk kelihatan comel la 2..cehh!!.

amboi..tengok cara balingan memang yakin kemenangan milik kump "weee"..balingan strike dr ajimko (ewah-ewah).

En.zaki dengan aksi eksen-eksen beliau..yang di pegangnye 2 piala pemain wanita terbaek..adakah?..cbe jawab?..ish3..

hadoii pnjang betul aku nak ulas pasal aktiviti ni..xpe rehat jup sambil menikmati lagu ziana zain ft awie (??) melihatkan aksi-aksi yang menarik yang telah di tonjolkan oleh para atlet2 muda dari pelbagai daerah dan pelbagai bangsa, perlawanan ini telah menjadi bertambah menarik di tambah dengan aksi bedebuk jatuh atas lantai (sape yek? he3)..serta balingan bola terus ke longkang dengan alasan BOLA BERAT!!

haaa lihat tu..kejayaan aku membuat muka comel sangat sukses..kalian bile lagi?..(peminat yang dari awal ingin tandatangan akhirnya dapat bergambar dengan ku..prasan jup)

si kecil yang cute..

kenapa aku ketawa?..opkos la ad orang yang tengah buat lawak kan..wah serius benar aku ketawa kan?..adakah sedang melihat power ranger kuning berlawan dengan masked rider?..

sesi memberi hadiah:
 pemain lelaki bernasib baik..

pemain wanitacbw buat-buat baik :)

tempat kedua..he3 anak abah (ada orang malu-malu untuk bergambar, takut mukanya tersebar di akbar kot)

jeng jeng dan juara ewahhhh!!:

weee kami menang..udah di katekan..hadiah pon besar sdah mesti la menang!!..he3 (bila la boleh bukak hamper 2)

aktiviti yang sangat best..dengan kehadiran anak-anak lecturer yang comel. disamping keriuahan rakan-rakan serta bunyi-bunyian bola melantun akibat dibaling dengan kuat siap memantul-mantul di tambah dengan jeritan kegembiraan apabila mendapat strike untuk kali pertama dalam hidup, dan jeritan kekecewaan apabila bola yang diharapkan untuk strike telah menuju tepat kearah longkang tanpa segan silu mematahkan semangat pemain untuk mendapatkan sorakkan dan point untuk kumpulan mereka..kegembiaan aku tercapai apabila berjaya memujuk kakak (anak puan olin) untuk bergambar, boboi xyah cite la memang belambak gambar ia..lagi kegembiraan apabila kemenangan kumpulan "weee" (kump aku tau)..dengan diiringi lagu titanic (xmasal pulak) akhirnaya pertandingan bowling telah berakhir dengan jayanya..tahniah untuk kelab softnet.. :)

Wednesday, June 23, 2010

perihal keluarga

tengah best-best aku layan cerita adamaya (da kali ke berape ak tengok cite 2) tibe-tibe ak teringat kat family aku (bnyi mcam sedih2 hari raya kn?)..kali ni aku nak cerita pasal family aku plak..kasi bahan sama mereka :)

Abah:
kite kalau nak becerita pasal keluarga mesti bermula dengan bapa dulu..Abah aku ni garang2 manje orangnya.sangat pandai masak asam pedas ikan pari (kalau die masak die sndiri yag cakap sedap).kenkadang biler datang angin (bukan kentut) aku yang xbuat dose kat ia lagi pon ia nak marah..tapi kalau mood tgah baik cakap ape je sume dapat (selalu aku mintak top up je).lagi pelik perangai Abah aku ni die suke tengok sinetron..walaweh ak bawang putih bawang merah pon xtau jalan citenye..he3..paling best biler dengar ia nyanyi biler dalam bilik air..suara nak macam Ahmad Jais pulak kn..ha3..
p/s: aku penah kena marah ngan abah aku sebab ak x suka nak bbual ngan ia..kalau dalam kereta biler die tnye mesti aku juz jawab "ya"@"tidak" je..


Emak:
kalau pasal emak ak pulak,,hurmmm..sepesel nye mak ak ni cantik lg HOT (amboi)..sebab 2 abah ak bangga biler jalan-jalan bando..kenkadang siap xnak bawak anak-anak ha3..mak ak ni suka mengait alas meja (buakn tuk rumah sendiri tp utk pelangan)..yang bes pasal mak aku biler ia masak tom yam..i love it..lagi best pasal maka k ni biler die membebel..setat die membebel mesti kaw2 pnye..smpaikan kucing akak aku pon lari umah..adat la kan mak membebel..mase besday aku aritu maka aku suruh aku balik sebab ia nak belanje KFC..sangat baek kan mak aku ni..bukan takat KFC malahan (amboi ayat) kek ais kream pon ada sekali..
sebab 2 ak manje ngan mak aku.kalau ngan mak aku xpayah nak tanya2 die x tanye pon aku da jawab soalan die..wakakakaka


Along:
tengok nama da tau da ini lintah darat punya orang..ha3..si gedik ni (nama yg aku bagi) memamg suke tido.balik keje mesti tido.berkelulusan maktab perguruan islam (sekarang da tuka nama dah) hobi utama mengkuruskan badan yg sentiasa bergetah (menganjing namanya)..suka bercakaran dengan adik perempuan aku (nanti aku cite psal die)..kenkadang suke sangat bace mesej aku.lagi best pasal die ni ialah (macam jawab soklan pekse plak) ia suka beli hot dog (bukan anjing), nugget, dan lain-lain (best jugak ayat aku ni).tapi lepas die beli sume 2 yang akan jadi tukang masak memang semestinya aku, sememangnya aku suka biler goreng mengoreng ni..yeahh!!.

Angah:
pangilan terbaik tuk aku.nama manje2 gitu (ewah!!)..no komen pasal budak ni..kiranya anak soleh la..x kuo malam, diam je biler kena marah, suka bangun lambat, x suka sidai kain, macam-macam la..paling best aku ni akan pendiam..xcaye tnye la mak aku..mak je jgan orag laen..dyg alen cemburu dgan kependiaman aku..ha3

Noai:
seorang perempuan yang ala-ala rock..perasan biler orang puji pandai masak nasik (nasik je kot)..sangat x suka biler masak air (kenkadang hangus biler amsak air)..pealajr di politeknik merlimau (kejuruteraan awam katanya)..kantoi biler ponteng puasa (aku pon sama)..suke menghabiskan duit aku biler ajak g bandar..dan suke buat-buat muke kesian (kenkadang dapat gak aku sepak muke dai 2)
p/s: noai masih berhutang KFC dengan aku..

Fahmi aka munil:
wah..adik aku yang last ni sekarang sudah bergiat aktif dengan laptop kecilnya..baru berusia 11 tahun..suke membebel (macam mak aku)..kalau bercakap memag x boleh nak berenti..pantang tengok ak duduk atas motor, mesti ia akan tanya " angah nak g kedai ea? "..sangat rajin biler disuruh buat keje (yang ni sebijik macam aku), suke nangis biler abngun pagi (mimpi ngeri kot)..breakfast favorite ia roti canai..kedai favorite ia ialah kedai en rahim n liza the best cendol..he3..paling best biler dgar die pnye celoteh..walopon merepek, tapi sangat terhibur..sekarang dia da eksen, seperti aku cakap tadi sejak da ada laptop ni..mane nak lepak2 ngan family (sengal) sibuk je ngan game java ia 2..x bkembang langsung..
p/s: teringat die cakap mcam ni "mak kalau along da kawin dia x duduk umah ni lg la eak?..nanti nak raya umah dia la" :)

macam 2 la seba sikit pasal family aku..kalau ada masa nanti aku buat pasal cerita jiran aku, itu pon kalau x kena kejo ngan parang la..he3 :)

pic masa raya lepas, mak n abah xnak malu katanya (alasan)

Saturday, June 19, 2010

AZLAN SHAH & SITI NORIZAN

Ehem ehem..aku mulakan bicara dengan "ehem ehem"  mesti ad orang nak marah kn? Assalamualaikum, kali ni aku post kan cerita tentang pertunangan..hasil dari ajakan rakan sebaya (yeke?) aku dengan semangat 1 malaysia (excited pulak) ingin menajamkan lagi skill untuk mengambil gambar serta edit mengedit gambar..kegemaran aku sememangnya mengambil gambar (hobi katanya)..akibat idea untuk berbicara aku da ilang aku bagi korang tengok gambar yang diambil..maaf kalau tidak memuaskan hati segala kritikan amat di perlukan (kalau bole yg baik jew..he3)

 rombongan pihak lelaki telah tiba dan di sambut dengan senyuman serta flash-flash dari lensa-lensa anak muda seperti aku serta di iringi senyuman mengoda (ewah-ewah ajimko).Rombongan pihak lelaki dihadiri sebahagian besarnya adalah perempuan-perempuan cantik yang  membuatkan lelaki-lelaki di situ tidak keruan termasuk aku (iman x cukup kuat)

adik ini telah berjaya menambat hati aku dengan kecomelan dan senyuman seiklas hati serta malu-malu sayang yang membuat kan lensa aku terus mengambil gambarnya yang cute miut itu..

macam biasa biler bertunang ni nerves sume tu mesti ada punya lah..yang bakal di pinang mestilah duduk dalam bilik (nama pon adat kan) sambil menungu tu sudah tentu tapak tangan berpeluh, mengigil jangan cakap la sudah semestinya akan mengigil secara automatiknya..tapi wajah yang berseri tetap akan berseri (cewah).

sedang si perempuan yang bakal di pinang merasa resah, gelisah bercampur excited yang diluar pula asik memikir ayat untuk berdebat berbalas pantun (ada ke?) sambil menetapkan tarikh untuk melangsungkan perkahwinan serta memikirkan  bila hendak di jemput makan he3..

 selesai sesi berdebat, berpantun serta bernasyid (mane plak datang nasyid ni) sesi menyarungkan cincin ke jari manis si manis yang lama menungu dengan penuh kesabaran bercampur baur ecited untuk berjumpa dengan bakal keluarga mertua (betul ke ak eja ni?)..

Pegang galah sambil berdiri 
buat menjolok buah keranji 
sebentuk cincin buat penyeri
sebagai ikatan sebuah janji

amboi awk ni ajimko berpantun-pantun pula ya..ewah2


bersalaman memohon restu.

gambar kenangan bersama keluarga pihak lelaki (kenapa aku tidak ada ha3)..sesi yang di tunggu-tunggu oleh semua pihak tidak kira pihak lelaki atau perempuan, sesi berganbar memang selalu akan di tunggu dan mesti ditunngu..biler time ni yang mengambil gambar pasti akan kembali meneruskan kerja-kerja beliau dengan hati yang iklas (btol betol betol).

hero dan heroin beraksi di atas pelamin..tidak melepaskan peluang juga si lelaki yang meminang si gadis yang si sayanginya datang untuk mengabdikan diri untuk mengambil gambar kenangan serta menjadikan hari ini sebagai kenangan yang akan diingati semasa tidurnya nanti setelah sekembalinya ia ke rumah untuk beristirehat :)

majlis berlngsung sehingga jam 5 petang dan pihak lelaki meminta mengundurkan diri. 

SEDIKIT GAMBAR UNTUK DI TONTON JUGA:

 gambar kenangan bersama hantaran dari pihak lelaki

 sikecil yang sentiasa cute (ewah-ewah ajimko yela tu)

 rakan-rakan tumpang sekaki untuk bergambar.

p/s: entri ini diselitkan dengan sedikit unsur lawk untuk hiburan sahaja..maaf jika menyingung cuma gurauan dari penulis sahaja :)
klik gambar untuk saiz yang lebih memuaskan

Wednesday, June 9, 2010

sepetang bersama rakan-rakan

oyeahh2 baru sekarang nk datang mood updade blog ni..da lame da patutnya ak post cite ni..tp sekarang baru datang seru (ceh macam nak kawen pulak)..6.6.2010 lepas ak, matt, auwud & ell dengan bangganya bersiap2 dengan solekkan (2 ell la kan sbb die pompuan) dan dandanan rambut dengan pelbagai gaya telah pergi ke tanjung ketapang untuk berphotoshoot (macam terer je la kan)..sepetang di sana fuhh ramai orang pulak, hari minggu katanya..xpela da ramai orang mestibanyak monyet bekeliaran..objektif kita orang memang nak amik gambar je..so mcam2 gaya jgak la dapat dirakam kan:

hot kan? Rahmat namenye

sedikit tentang gmbar ni..tarian balle sunguh mengujakan ketika di petang hari..suasana suram bertambah ceria apabila aksi ini mendapat perhatian dari orang ramai..ha3..jika gambar ni di jadikan papan tnda tuk sekolah tarian cikgi Linda AF adakah berbaloi?..

wah hebat bukan..sekali lagi..kali ni bergaya dengan aksi ala-ala lompat kijang dan sedikit aksi lompat tinggi..aksi lompatan ini telah diiringi dengan lagu liana jasmay (ak xpercaya cinta) sedikit sebanyak aksi lompatan ini memang mendapat semangat dari lagu itu..oyeahhh!!

orang laen sibok ambik gmbar bleh plak minah ni menung2 smbil kemam mulut..adakah spm makin hampir boleh jadikan kita sebegini rupa?..ntah2 lyan tengok monyet..bkan boleh caye beliau ni..ha3


si kacak!!

sedang bergambar..lompat sana, lompat sini, kejo monyet, monyet kejo kami balik, ketawe sorang2 (gile la 2) akhirnya sudah hampir gelap..tapi yang besnya time 2 ad sunset..eah cantiknya...beskan kalau uduk ngan awek time2 begini sambil buka lagu adamaya (fvert lagu 2)..

romantiknya mereka kn?kalau la boleh macam ni jgak..ha3


 

 romantik kan?

 cuba bayang kan jika dapat bersama teman istimewa time cam ni (aicehh!!) 

p/s: mesti gambar ak xde kan?..mane boleh!!

Monday, June 7, 2010

kucing itu sungguh.......

dalam post yang lepas aku ad ceritakan yang aku telah digangu oleh kucing hasil dari ternakkan kakak aku..huh!! memang aku tidak puas hati kenapa aku yang diganggu oleh kucing tu..adakah aku ni telalau come? (persoalan yang susa hendak dijawab)..kali ni aku post kan wajah-wajah kucing yang membuat onar masa ketiduran aku (memang saje ak nak besarkan hal ni ha3)..

 kucing diatas ni namanya si nakal..kenapa namanya begitu? jangan la korang tanye aku..sume ni salah penternaknya, memandai je bagi nama bukan2 biler bwak g klinik mule la malu nk tulis name kucing ia..kucing yang ni agak manja sikit dengan aku (ermm yeke?) biase la kan kucing betina..ha3..kucing ni pantang kalau aku pergi dapur, buakn aku je. orang x dikenali pon same..mesti ia ikot gak dengan harapan ad orang bagi die frishkies (makanan kucing le) kalau dengan aku la kan aku buat macam x nmpak je..ha3



yang atas ni pula si gemok!! dulu bulunya bersih, putih melepak, sejak ia da masuk geng konsi gelap ni lihat jela sekarang da xserupa apa..badan berparut (name pon kongsi gelap) berotot gitu, bulunya kasar, jarang balik rumah (kononnya cr nafkah untuk anak)..gemok ni pemalu kucingnya lihat la sekarang mane nak pndang kamera, malu katanya..ha3..

mereka sedang bermain polis sentri


jeng jeng jeng..ni la kucing yang ganggu aku tidur tempoh hari..anda semua jangan terpedaya dengan tipu helah rupa comelnya..biler nak amik gambar muke nak comel je.nama ia garfield (nk mntah ak dgar name ia) ntah pape la pnternaknya bagi nama..kucing ni memang x tau malu..segala ketensenan yang melanda mesti ad kaitan dengan kucing ni..ha3..star tengah malam memang ia la yang suke cari pasal, lari sana, lari sini,last2 penampo yang dapat..ha3


yang ni mintak maap..dr mane ko dtang r..balik cepat!!..ni bukan kategori kucing..maap tuan2 puan2..ape kes kluo binatang ni..haishhh!!

Sunday, June 6, 2010

eskot pulang ke Muar (ikot loghat = muo)

6.6.2010 Cuti sem da abis..setelah berhempas pulas dengan majlis tunang (kakak saya ye) kali ni ibu bapa aku kembali sibuk untuk menghantar aku pulang ke muo..da naik sem kan kena la balik kolej..

7.00 am: anak-anak kucing belaan kakak ak memang suke cari pasal dengan aku..pagi ni la mereka nak bergurau senda sambil menyanyi lagu anuar zain..dengan hati yang iklas dan tulus ak menghadiah kan mereka tempeleng maksimum.

8.30 am: sedang enak dibuai mimpi lembab (tak brape nak basah la) sekali lagi aku digangu oleh anak kucing yang sama kali ni mereka dengan muka yang selamba sambil berbaur dendam..aku dengan sikap profesional dengan selamba bagi warning kat kucing 2 (sebenarnye mamai lagi 2) dan terus masuk bilik tidur dengan aman (malam tadi aku tidor kat depan tv).

10.30 am: kali ni aku bangun dengan sendiri, macam biasa bangun je tido masuk bilik air buat ape yang patut dan terus menghadap laptop..ibu bapa saya sudah malas nak suruh aku sarapan kerana sarapan bagi aku sudah tentu facebook (faveret breakfast) .

11.00 am: bapa aku da warning lebih awal lagi, dengan nada yang lembut, nada suara seperti Ahmad Jais beliau menyuruh aku mandi, sambil itu ibu aku sudah bersiap sedia didepan pintu untuk pergi ke majlis walimatulurus yang berdekatan.

11.30am-12.00pm: segala pesiapan untuk balik ke muar ak kemas dan persiapan diri juga tidak lupa.aku berminyak wangi,deodoran (yang kat ketiak 2), bedak dibadan, minyak rambut (baby jhonson tau) semua itu aku pakai bagi menampakkan diri lebih menarik..

12.30pm: pejalanan ke muo bermula dengan singgah ke bandar kluang untuk menghantar adik aku dan rakannya ke bandar (saving duit,xnak naik bas).kini tinggal kami 4 beranak dalam kereta yang luas dan selesa..dengan nyanyian lagu "kalau rasa gembira tepuk tangan" kami teruskan perjalanan ke muo dengan melalui jalan yong peng..sesampai di yong peng aku memang da xsedar ape2 melainkan kereta berhenti dan bila aku lihat sekeliling sudah di parit jawa la..

3.30pm: jam sudah 3.30 kali ni kami berenti di parit jawa untuk menikmatiasam pedas..apa yang terkilannya kerana perut sudah lapar dan hidangan pon boleh tahan tiada gambar di shoot masa kami makan2 disana.untuk mengantikan rasa bersalah itu aku mengambil gambar bot2 yang berada di tali air bersebelahan dengan kedai kami makan tadi..

 kenangan di parit jawa :)

4.00pm: kami teruskan semula perjalanan kami dan kali ni kami hendak pergi ke Tanjung Ketapang (tempat monyet) semasa dalam perjalanan terhibur jgak mendengar celoteh dari si kecil yang tidak henti2 membebel risau akan kakaknya hendak melansungkan perkahwinan (takut la 2 segala kemewahan akan terbatas ahahahah)..

4.30pm: tiba di Tanjung Ketapang. sikecil seboleh-boleh nak beli kuaci untuk monyet-monyet yang sudah biasa makan KFC dan MCD (biase la sekali sekala nak western jugak) tujuan utama nak beli kuaci adalah kerana kuaci lebih banyank berbanding kacang (bijak @ tidak budak kecil ni tuan puan?)..

lihatlah si kecil 2 hanya melihat ibunay memberi monyet makan (die takot) P/S: ibu aku nmpak muda kan?

"opsss tjauh lak kuaci" kata puan Fairus.. :)

bermenung setelah kehabisan kuaci.

muka belas ehsan meminta sedikit penampar.. :P

5.15pm: selesai sudah aktiviti 4 beranak mengeskot anak terunanya yang sweet ni pulang ke muo..kali ni ayah ku telah memainkan lagu sedih jgak iaitu kaer (izinkan ku pergi)..ahahah..setelah sampai di hostel dan aktiviti bersalaman sudah dilakukan mereka terus pulang ke klunag dan aku elah selamat sampai ke muo dengan aktiviti rombongan yang berjaya.. :D

P/S: cerita telah diolah dengan sedikit sentuhan humor bagi menambahkan perisa dalam cerita..